ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 29. Pemeriksaan Buku Daftar Nikah, dsb.

(1) Tiap-tiap buku daftar nikah yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini hendaklah terbuka untuk diperiksa, setelah dibayar bayaran yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar hendaklah, setelah dibayar bayaran yang ditetapkan, memberi suatu salinan catatan yang diperakui dengan tandatangannya dan meteri jawatan Ketua Pendaftar itu kepada seseorang yang menghendakinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.