ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 55. Acara.

(1) Maklumat-maklumat selain daripada maklumat di bawah seksyen 54 hendaklah disampaikan kepada Hakim mengikut Borang 6 dalam Jadual.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Penguatkuasa Agama boleh dalam kes selain daripada yang tersebut dalam seksyen 18(1) menjalankan apa-apa kuasa khas berhubung dengan penyiasatan yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

(3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang mendapat perintah tersebut boleh menjalankan kuasa-kuasa berhubung dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali menangkap tanpa waran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.