ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003


JADUAL KEDUA
[Subseksyen 8(3)]

1. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 8 boleh disifatkan sebagai membenarkan Majlis membuat perintah untuk menubuhkan apa-apa perbadanan yang mempunyai apa-apa kewajipan, kuasa atau hak yang bukan dalam kewajipan, kuasa atau hak Majlis di bawah Enakmen ini.

2. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Enakmen ini, apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 8 adalah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah perintah itu terkandung dalam Enakmen ini.

3. Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah apa-apa perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah seksyen 8.

4. Majlis hendaklah menyimpan satu daftar bagi semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 8 dan daftar itu bersekali dengan salinan-salinan semua perintah yang dibuat di bawah seksyen itu hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Majlis.

5. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui perintah yang disiarkan dan Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
6. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8—
7. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mengandungi suatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis.
Diluluskan dalam Dewan Negeri Johor pada 14hb November 2003.
HAJI SALLEH BIN HAJI AHMAD,
Jurutulis Dewan Negeri,
Johor




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.