ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 194. Perintah ex parte boleh diketepikan.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, mengetepikan sesuatu perintah yang dibuat secara ex parte di bawah Bab ini.

(2) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu dan hendaklah didengar secara inter-parte.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.