ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGlAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 6. Kesalahan mendekati seorang yang beragama Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan apa-apa perkara mengenai suatu agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia-
seorang Islam bagi maksud mendedahkan orang Islam itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan apa-apa perkara mengenai suatu agama bukan Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.

(3) Dalam suatu pendakwaan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), maksud orang yang dituduh itu mengunjungi, atau mengatur atau berpakat mengadakan suatu perjumpaan dengan, atau menghubungi, orang lain itu hendaklah dianggap sebagai maksud mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan apa-apa perkara mengenai suatu agama bukan Islam jika, memandangkan pada keseluruhannya kepada semua yang telah berlaku dalam masa kunjungan, perjumpaan, percakapan telefon, atau dengan apa-apa cara lain itu, adalah didapati tanpa keraguan yang munasabah bahawa ianya adalah maksud sebenar atau satu daripada maksud-maksud sebenar orang yang dituduh itu, walaupun, dalam masa kunjungan, perjumpaan, atau percakapan telefon atau dengan apa-apa cara lain itu, perkara-perkara atau hal-hal selain dari yang berkaitan dengan maksud itu juga disebut atau dilakukan atau perkara-perkara atau hal-hal yang berkaitan dengan maksud itu tidak disebut atau dilakukan sebanyak perkara-perkara lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.