ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 66. Peguam Syarie.

(1) Majlis boleh melantik mana-mana pegawai undang-undang Kerajaan Persekutuan beragama Islam dan mana-mana peguambela dan peguamcara beragama Islam yang memiliki sijil sah yang dikeluarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], atau mana-mana orang yang berkelayakan menjadi Peguam Syarie untuk hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah Syariah.

(2) Kelayakan bagi perlantikan sebagai Peguam Syarie hendaklah ditetapkan oleh peraturan yang dibuat oleh Majlis.

(3) Peraturan tersebut boleh memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki Sijil yang dikeluarkan oleh Majlis dan ditandatangani oleh Yang Dipertua setelah dibayar fee yang ditetapkan. Sijil tersebut hendaklah dipanggil Sijil Peguam Syarie.

(4) Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3).

(5) Majlis boleh mengecualikan mana-mana pegawai undang-undang Kerajaan Persekutuan daripada memiliki Sijil Peguam Syarie untuk hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.