ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 15. Hamil dan melahirkan anak luar nikah.

(1) Seseorang perempuan yang didapati hamil atau melahirkan anak di luar nikah tidak termasuk "persetubuhan syubhah" adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang perempuan yang melahirkan anak yang penuh sifat kurang daripada enam bulan hijri tidak termasuk "persetubuhan syubhah" selepas dia berkahwin boleh disifatkan sebagai melahirkan anak di luar nikah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.