ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 1 - BEBAN PEMBUKTIAN



Seksyen 73. Beban pembuktian.

(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa jua hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.