ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XX - PERLAKSANAAN



Seksyen 148. Deposit perbelanjaan.

(1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah pelaksanaan sehingga pemiutang penghakiman mendeposit sejumlah wang yang pada fikiran bailif mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan, termasuk perbelanjaan menyimpan apa-apa harta selama tempoh tidak lebih daripada 14 hari. Jika bailif terpaksa menyimpannya lebih daripada 14 hari ia boleh mengarahkan supaya deposit tambahan dibayar dan, jika deposit itu tidak dibayar, ia boleh melepaskan harta itu.

(2) Bailif hendaklah mengakaunkan semua wang yang dideposit dan boleh membayar apa-apa amaun yang mesti dibayar pada pemiutang penghakiman atau kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.