ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001
BAHAGIAN II - MAJLIS ISLAM SARAWAK
Keanggotaan Majlis dan Pelantikan.
Seksyen 12. Penamatan pelantikan.
Pelantikan mana-mana anggota Majlis hendaklah tamat-
(a)
apabila dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas-
(i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) suatu kesalahan di bawah seksyen 33 atau di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (dengan pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
jika dia dihakimi bankrap;
(d)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tak berdaya untuk menjalankan tugas-tugasnya;
(e)
jika, dengan surat yang dialamatkan kepada Yang di-Pertua Negeri melalui Yang Dipertua, dia meletakkan jawatannya; atau
(f)
jika dia tidak ada di dalam Negeri, tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua, selama tempoh melebihi tiga bulan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.