ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga menjadi Qarinah



Seksyen 36. Bila pendapat tentang kewujudan hak atau 'urf ialah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau 'urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau 'urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau 'urf itu, jika ia wujud, ialah qarinah.

Huraian - Ungkapan "hak atau 'urf " termasuklah hak atau 'urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.