ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XVII -PERBICARAAN



Seksyen 119. Ekshibit.

(1) Dokumen yang dikemukakan sebagai keterangan dan diterima hendaklah ditanda dan, melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dokumen itu atau salinannya, hendaklah disimpan dalam Mahkamah sepanjang prosiding itu dan sehingga tempoh untuk rayuan telah luput.

(2) Dokumen yang dikemukan sebagai keterangan tetapi telah ditolak hendaklah juga ditanda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.