ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 16. Perjalanan urusan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat Majlis yang diadakan dengan sempurna dan hendaklah dibereskan atau diputuskan secara syura.

(2) Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal tertentu diarahkan selainnya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.