ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992
BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA
Seksyen 24. Tidak menghormati Ramadhan.
Seseorang yang pada siang hari di dalam bulan Ramadhan-
(a)
menjual apa-apa makanan, minuman atau tembakau kepada seseorang yang beragama Islam untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta; atau
(b)
dengan terang-terang atau di tempat awam didapati sedang makan, minum atau menghisap tembakau, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.