ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 158. Kebenaran untuk pihak-pihak hadir.


Mana-mana pihak tidaklah mempunyai hak untuk didengar sama ada oleh dirinya atau oleh peguam, di hadapan Mahkamah Qadhi Besar sewaktu menjalankan kuasa penyemakannya:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Qadhi Besar boleh, jika difikirkan patut, apabila menjalankan kuasanya mendengar mana-mana pihak, sama ada oleh dirinya sendiri atau oleh peguam dan tiada apa-apa di dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh seksyen-kecil (2) daripada seksyen yang terdahulu daripada seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.