ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 10. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan.

(1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Ordinan ini tidak boleh didaftarkan di bawah Ordinan ini.

(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan seksyen 38 (2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Undang-Undang Islam boleh didaftarkan di bawah Ordinan ini dengan perintah mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.