ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
ANGGAPAN TENTANG DOKUMEN



Seksyen 70. Anggapan tentang perutusan telegraf.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu perutusan yang dihantar dari sesebuah pejabat telegraf kepada orang yang perutusan itu berupa sebagai dialamatkan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat dari mana perutusan itu berupa sebagai dihantar; akan tetapi Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang orang yang telah menyerahkan perutusan itu untuk dihantar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.