ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
ANGGAPAN TENTANG DOKUMEN



Seksyen 69. Anggapan tentang buku, peta dan rajah.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang boleh dirujuk untuk mendapat maklumat mengenai Hukum Syarak atau perkara kepentingan awam atau kepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang pernyataan di dalamnya adalah fakta relevan dan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan disiarkan oleh orang dan pada masa dan di tempat yang ia berupa sebagai telah ditulis atau disiarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.