Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN IX



Seksyen 44. Syarat-Syarat Kelayakan Menjadi Saksi.

(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang mukallaf dan hendaklah seorang 'adil.

(2) Seseorang itu dianggap 'adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal-al-muruah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap 'adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.