ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 51. Sijil Faraid.

Jika dalam masa prosiding yang berkaitan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seorang si mati Islam, sesuatu mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Syariah, adalah berkewajipan menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang orang itu masing-masing berhak, Mahkamah Syariah boleh atas permintaan mahkamah atau pihak berkuasa itu, atau atas permohonan daripada mana-mana orang yang mendakwa sebagai waris atau wakilnya dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengesahkan fakta-fakta dalam perkara itu dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka itu dan mengenai bahagian yang mereka berhak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.