ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pekomplot berkenaan rancangan bersama.

Jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula difikirkan oleh salah seorang daripada mereka, ialah qarinah terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan kewujudan komplot itu dan bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana sedemikian telah menjadi pihak kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.