ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 246. Kehadiran diri.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh dengan alasan yang cukup memerintah kehadiran diri mana-mana pihak kepada mana-mana prosiding pada bila-bila masa, Kecuali jika pihak itu berada di luar Selangor, dan kegagalan mematuhi perintah ini dengan sengaja adalah suatu penghinaan Mahkamah dan tanpa menghiraukan kehadiran mana-mana Peguam Syarie, atau agen bagi pihak itu Mahkamah bolehlah meneruskan perbicaraan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.