ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XVI - DARIHAL KEBEBASAN-KEBEBASAN ATAU SABITAN-SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 136. Seorang yang telah disabitkan atau dibebaskan tidak boleh dibicarakan lagi bagi kesalahan yang sama.

(1) Seseorang yang telah dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa bagi satu kesalahan dan telah disabitkan atau dibebaskan dari kesalahan berkenaan hendaklah, selama sabitan atau kebebasan berkenaan berkuatkuasa, tidaklah boleh dibicarakan lagi bagi kesalahan yang sama, atau atas fakta-fakta yang sama untuk apa jua kesalahan lain di mana tuduhan yang lain boleh dibuat terhadapnya di bawah seksyen 90 atau yang mana dia boleh disabitkan di bawah seksyen 91.

(2) Seseorang yang telah dibebaskan atau disabitkan dari mana-mana kesalahan bolehlah kemudiannya dibicarakan untuk mana-mana kesalahan tertentu yang mana satu pertuduhan berasingan boleh dibuat terhadapnya di dalam pembicaraan dahulu di bawah seksyen-kecil (1) seksyen 89.

(3) Seseorang yang telah disabitkan dengan mana-mana perbuatan yang dilakukan dengan mana-mana perbuatan yang mengakibatkan dengan berlaku bersama-sama perbuatan itu menimbulkan satu kesalahan berlainan daripada apa yang dia telah disabitkan, bolehlah kemudiannya dibicarakan untuk kesalahan yang akhir sekali disebut, jika akibat-akibat berlakunya perbuatan itu belum berlaku atau tidak diketahui oleh Mahkamah telah dilakukan pada masa dia disabitkan.

(4) Seseorang yang dibebaskan atau disabitkan dari mana-mana kesalahan yang dilakukan dengan apa-apa perbuatan bolehlah, sungguhpun terdapat pembebasan atau sabitan itu, kemudiannya dituduh atau dibicarakan untuk mana-mana kesalahan lain yang dilakukan dengan perbuatan yang sama jika Mahkamah yang dia pertama kalinya dibicarakan tidak berkuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang dia kemudiannya dituduh.

(5) Penolakan dari satu aduan, atau pelepasan seorang yang dituduh bukanlah satu pembebasan untuk tujuan-tujuan seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.