Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN VIII
Seksyen 31. Pengampunan.
Seseorang wali itu boleh pada bila-bila masa sebelum hukuman bunuh sebagai hukuman
qisas
dijalankan, mengampunkan pesalah itu sama ada dengan membayar
diyat
atau tidak; dan sekiranya pengampunan itu diberi dengan bayaran
diyat
; maka
diyat
itu hendaklah dibayar dengan sekali gus sahaja atau dengan beransur-ansur dalam tempoh tiga tahun mulai daripada tarikh keputusan yang terakhir dan sekiranya dalam tempoh itu pesalah itu mati, maka
diyat
itu hendaklah dibayar daripada pusaka pesalah itu. Jika pesalah itu tiada pusaka, maka
diyat
akan ditanggung oleh
Baitulmal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.