ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXIV - SHURAKA (INTERPLEADER)



Seksyen 185. Aturcara.

(1) Sesuatu permohonan untuk shuraka' hendaklah dibuat dalam Borang 28 yang ditetapkan.

(2) Jika pemohon telah dituntut, permohonan itu hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari selepas penyampaian saman.

(3) Suatu salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang (termasuk mana-mana plaintif dalam tindakan terhadap pemohon) yang dipercayai oleh pemohon sebagai orang yang menuntut.

(4) Tiap-tiap plaintif yang telah disampaikan saman, kecuali plaintif dalam tindakan terhadap pemohon, hendaklah sebelum perbicaraan membuat satu notis bahawa ia tidak membuat apa-apa tuntutan atau memberi butir-butir tuntutannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.