ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF



Seksyen 3. Pewujudan wakaf.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya kemudian daripada ini, seseorang yang telah mencapai umur lapan belas tahun, sempurna akal dan rasyid boleh mewakafkan hartanya untuk apa-apa tujuan khairat menurut Hukum Syarak.

(2) Sesuatu wakaf boleh diwujudkan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas.

(3) Wakaf hendaklah diwujudkan melalui sighah di hadapan dua orang saksi menurut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.