ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN VI - PEYUBAHATAN DAN PERCUBAAN



Seksyen 55. Penyubahatan.

Seseorang menyubahati perlakuan sesuatu jika dia-


Huraian 1 - Seseorang yang, dengan pernyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

Huraian 2 - Mana-mana orang, sama ada sebelum atau pada masa pelakuan sesuatu perbuatan, melakukan apa-apa jua dengan tujuan memudahkan pelakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan pelakuan itu, adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.