ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 141. Pengantungan pelaksanaan sementara menanti rayuan.

Kecuali dalam hal hukuman sebat, yang pelaksanaannya hendaklah ditangguhkan sementara menanti rayuan, tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat atau Mahkamah Tinggi Syariah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan, atau hukuman sementara menanti rayuan, atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketaklaksanaan mana-mana perbuatan atau penjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat atau oleh Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.