ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 1 PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 40. Alamat bagi penyampaian.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap plaintif atau pemohon dan tiap-tiap orang yang memfailkan sesuatu saman atau dokumen lain dalam mana-mana prosiding, selain daripada seorang Pegawai Mahkamah yang bertindak sedemikian, dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberi alamat bagi penyampaian dalam Negeri Pulau Pinang.

(2) Jika mana-mana plaintif, pemohon atau orang lain itu diwakili oleh seorang Peguam Syarie, alamat Peguam Syarie itu hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.