ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
BAITUL-MAL



Seksyen 29. Tanggungjawab wasi-wasi dan kuasa-kuasa merepotkan.

(1) Tiap-tiap orang yang menjadi wasi-wasi menurut wasiat seorang Islam yang mati dan tiap-tiap orang yang menjadi kuasa bagi harta pesaka seorang Islam yang mati jika ada sebarang bahagian daripada harta pesaka orang yang mati itu terhak kepada Baitul-Mal hendaklah merepotkan hal itu kepada Bendahari dan mengadakan kepadanya suatu kira-kira yang benar dan cukup bagi harta dan jenis harta pesaka itu dalam tempoh sebulan dari tarikh dia dapat suatu kuasa yang berwasiat (probate) atau surat kuasa mana-mana salah satu, atau dalam tempoh yang lebih lanjut lagi bagaimana yang boleh dibenarkan oleh Bendahari dengan surat.

(2) Sebarang orang yang tiada menyempurnakan syarat-syarat bagi seksyen ini boleh terkena hukum denda sebanyak yang tiada lebih daripada satu ratus ringgit dan dalam perkara kekal tiada menyempurnakan syarat-syarat itu suatu denda lagi sebanyak yang tiada lebih daripada lima puluh ringgit bagi tiap-tiap sebulan atau bahagian daripada satu bulan yang dalam masa tiada menyempurnakan syarat-syarat itu masih kekal dilakukan.

(3) Keterangan wasi atau orang yang menjadi kuasa itu menyatakan yang dia tidak tahu iaitu sebarang bahagian daripada harta itu berhak kepada Baitul-Mal itu, tiada boleh dijadikan jawab atas tuduhan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.