ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V
Waran Geledah



Seksyen 44. Bila waran geledah dikeluarkan.

(1) Apabila-
Mahkamah bolehlah mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut yang diperintahkan dan dengan mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Kanun ini.

(2) Waran geledah lazimnya hendaklah diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan lain-lain pegawai yang disebutkan nama di dalamnya, dan semua atau mana-mana pegawai itu bolehlah melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah bolehlah mengarahkan kepada Ketua Polis Negeri dan kepada lain-lain Pegawai Polis yang disebutkan nama di dalamnya dan semua atau mana-mana Pegawai Polis itu bolehlah melaksanakan waran itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.