ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 17. Plaintif remaja mencapai dewasa.

(1) Plaintif yang belum dewasa apabila menjadi dewasa semasa prosiding belum selesai boleh sama ada menarik balik tindakan sebelum mengambil apa-apa langkah di dalam perkara itu atau meneruskan prosiding itu.

(2) Kebenaran Mahkamah tidak diperlukan untuk menarik balik tindakan itu tetapi peruntukan Bahagian XIV hendaklah dipakai mengenai perkara itu.

(3) Jika plaintif menarik balik tuntutannya dia sendiri tidaklah akan bertanggungjawab membayar kos melainkan Mahkamah membuat perintah sedemikian.

(4) Jika plaintif adalah lebih dari seorang, plaintif yang belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon dari Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau jika dia adalah pihak yang perlu di dalam prosiding memotong namanya sebagai plaintif dan dijadikannya sebagai defendan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika prosiding itu diteruskan plaintif hendaklah memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah bolehlah memindanya dan melepaskan penjaganya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.