ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM
Seksyen 243. Tak berperaturan.
(1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana seksyen atau amalan aturcara yang berkuatkuasa tidak boleh membatalkan prosiding itu kecuali Mahkamah memerintah sedemikian, tetapi Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak mengenepikan prosiding sepenuhnya atau sebahagiannya sebagai tak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya atas syarat-syarat yang difikirkan patut.
(2) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-langkah dalam prosiding dengan mengetahui akan ketidak berperaturan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.