ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 4 - KETERANGAN LlSAN
Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara terus.
(1) Keterangan lisan mestilah dalam segala hal apa pun diberi secara terus-
(a)
jika ia berkenaan dengan sesuatu nyataan yang boleh dilihat, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan ia telah melihat nyataan itu;
(b)
jika ia berkenaan dengan sesuatu nyataan yang boleh didengar, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan ia telah mendengar nyataan itu;
(c)
jika ia berkenaan dengan sesuatu nyataan yang boleh difahami melalui sesuatu pancaindera lain atau dengan apa-apa cara lain, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan ia telah memahami nyataan itu dengan pancaindera itu atau dengan cara itu;
(d)
jika ia berkenaan dengan sesuatu pendapat atau dengan alasan bagi memegang pendapat itu, maka ia mestilah keterangan orang yang pemegang pendapat itu atas alasan itu.
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan di dalam buku ilmiah yang biasanya ada dijual dan alasan bagi memegang pendapat itu bolehlah dibuktikan dengan menunjukkan buku ilmiah itu.
(3) Jika keterangan lisan menyatakan kewujudan sesuatu benda atau keadaan sesuatu benda, yang lain daripada suratan, maka Mahkamah boleh, jika difikirkan patut, menghendaki benda itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.