ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 19. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat.

(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam kes-kes tertentu, minit hendaklah secara ringkas dan mengandungi keputusan dan perkara yang mustahak.

(3) Dengan seberapa segera selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis satu salinan minit hendaklah disembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan kepada semua ahli Majlis.

(4) Mesyuarat majlis hendaklah diadakan dengan sebegitu kerap yang tidak melebihi tiga bulan berselang antara satu mesyuarat dengan yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.