ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 191. Salinan dokumen.

Salinan asal apa-apa dokumen yang hendak digunakan sebagai keterangan dalam prosiding berhubungan dengan permohonan itu hendaklah, jika dokumen itu boleh didapati, dibawa, dan salinan mana-mana dokumen itu atau mana-mana bahagiannya hendaklah dibekalkan bagi kegunaan Mahkamah dan diberikan kepada pihak-pihak lain dalam prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.