ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 81. Pengertian perkataan-perkataan yang digunakan dalam pertuduhan untuk menyatakan kesalahan itu.


Dalam tiap-tiap pertuduhan perkataan-perkataan yang digunakan bagi menyatakan sesuatu kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah digunakan dengan pengertian sebagaimana yang diberikan kepadanya masing-masing oleh undang-undang berkenaan kesalahan itu boleh dihukum.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.