ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Sebanyak mana kenyataan dikehendaki dibuktikan



Seksyen 27. Keterangan yang dikehendaki diberi apabila kenyataan ialah sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku, atau siri surat atau kertas.

Apabila sesuatu kenyataan yang keterangan mengenainya ada diberi ialah sebahagian daripada suatu kenyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terasing atau ada terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada sebuah buku atau sebahagian daripada siri surat atau kertas yang berhubungan, maka keterangan hendaklah diberi mengenai hanya sekian banyak sahaja, daripada kenyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh mahkamah dalam kes yang berkenaan itu untuk memahami dengan sepenuhnya tentang jenis dan natijah kenyataan itu dan juga tentang keadaan dalam mana kenyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.