ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 64. Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menghendaki bon bagi kehadiran pengadu dan saksi.

(1) Jika apabila suatu penyiasatan dibuat di bawah Bab ini, ternyata kepada pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang mencukupi atau alasan yang munasabah yang menimbulkan syak bagi mewajarkan perbicaraan jenayah dimulakan atau dilanjutkan terhadap mana-mana orang, pegawai itu hendaklah menghendaki pengadu, jika ada, dan beberapa orang yang didapati oleh pegawai itu mengetahui akan hal keadaan kes itu, sebagaimana yang dia fikirkan perlu, melaksanakan bon untuk hadir di hadapan Mahkamah yang disebut di dalamnya dan memberi keterangan dalam perkara mengenai pertuduhan itu terhadap tertuduh itu.

(2) Pegawai yang dalam kehadirannya bon itu dilaksanakan hendaklah menghantarkannya ke Mahkamah.

(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan melaksanakan bon tersebut, pegawai itu hendaklah melaporkan kepada Mahkamah yang boleh kemudiannya menurut budibicaranya mengeluarkan saman atau waran untuk menjamin kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya supaya memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.