ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 1 - AM



Seksyen 147. Kewajipan mematuhi.

(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya tanda desakan, dan tidaklah perlu disampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis penghakiman kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 135(3).

(2) Seseorang penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir dan kegagalan mematuhi kehendak subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.