ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 135. Hukuman yang tiada ditentukan.

(1) Seseorang yang melakukan kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Ordinan ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang diperbuat di bawah Ordinan ini yang mana hukumannya tidak diperuntukkan dengan nyata adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahannya hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Hukuman penjara boleh dijatuhkan jika denda yang dikenakan di bawah Ordinan ini tidak dibayar tetapi hukuman penjara itu tidak boleh melebihi separuh daripada hukuman kesalahan itu atau tujuh hari jika kesalahan itu boleh diseksa dengan denda sahaja.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.