ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 150. Notis rayuan.

(1) Tiap-tiap rayuan hendaklah dibuat melalui notis secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penghakiman, hukuman atau perintah itu dijatuhkan atau dibuat dan hendaklah difailkan oleh pihak merayu dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di tempat di mana penghakiman, hukuman atau perintah yang dirayukan itu dijatuhkan atau dibuat dan pada masa yang sama membayar fee yang ditetapkan baginya.

(2) Tiap-tiap notis rayuan hendaklah dibuat dalam Borang 9 seperti dinyatakan dalam Jadual dan difailkan dalam tujuh salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dan hendaklah mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada pihak merayu atau kepada peguam syarienya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.