ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 40. Pendaftar.

(1) Yang di-Pertuan Besar hendaklah atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiada seorang pun boleh dilantik di bawah subseksyen (1) kecuali dia adalah seorang anggota Perkhidmatan Pegawai Syariah Negeri Sembilan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.