ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXVI - DARIHAL SALAH ATURAN DALAM PEMBICARAAN



Seksyen 191. Ketiadaan rangkaan pertuduhan.

(1) Tidak ada keputusan atau hukuman yang dinyatakan atau diberikan boleh disifatkan tidak sah hanya atas alasan bahawa tidak ada pertuduhan dirangkakan kecuali jika pada pendapat Mahkamah Rayuan, ketidakadilan telah timbul darinya.

(2) Jika Mahkamah Rayuan fikir yang ketidakadilan telah wujud dengan ketiadaan rangkaan pertuduhan, ia akan mengarahkan supaya pembicaraan baharu diadakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.