ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 116. Memberi sebagai keterangan suratan yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberi.

Apabila suatu pihak meminta sesuatu suratan yang pihak yang satu lagi itu telah diberi notis supaya mengemukakan, dan suratan itu adalah dikemukakan dan diperiksa oleh pihak-pihak yang meminta supaya dikemukakan itu, maka pihak itu adalah terpaksa memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakannya itu menghendakinya berbuat demikian dan jika suratan itu adalah berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.