ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes tertuduh adalah termasuk di dalam kecualian.

Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan beban membuktikan wujudnya hal keadaan yang membawa kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am dan mana-mana undang-undang atau dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian lain undang-undang itu, adalah terletak ke atasnya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan yang tersebut itu sebagai tidak wujud.

MISALAN

(a)A. dituduh bersekedudukan dengan B. Pendakwa mengemukakan keterangan bahawa A. telah pun menceraikan B. isterinya.

A. mendakwa bahawa dia dipaksa menceraikan isterinya.

Beban membuktikan bahawa dia dipaksa itu terletak atas A..

(b)C. dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan D.

C. mendakwa bahawa dia telah bernikah dengan D. di negara asing.

Beban membukti pernikahan itu terletak ke atas C.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.