ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 58. Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat suatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Negeri Pulau Pinang di mana dia sedang membuat suatu penyiasatan yang, daripada maklumat yang diberikan atau selainnya, didapati mengetahui hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2) Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Hakim yang boleh sesudah itu menurut budi bicaranya mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Penguatkuasa Agama itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.