ENAKMEN 13 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 3 - AFIDAVIT
Seksyen 112. Membuat afidavit.
Sesuatu afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah dibuat dengan sumpah—
(a)
di Negeri Melaka, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;
(b)
di Negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar, mengikut kehendak kes; atau
(c)
di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap di tempat itu yang di beri kuasa untuk mengendalikan sumpah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.