ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 26. Kuasa untuk memburu dan menangkap semula.


Jika seseorang yang telah ditahan dengan sah melepaskan dirinya atau diselamatkan dari tahanan, orang yang menjaga tahanannya di mana dia telah melepaskan diri atau telah diselamatkan boleh dengan segera memburu dan menangkap orang itu di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bidangkuasa orang itu telah ditahan, dan meneruskan tindakan yang sama terhadap orang itu seperti yang telah dilakukan olehnya semasa tangkapan pertamanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.