ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN

SAMAN



Seksyen 28. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman kehadiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah mengikut Borang 2 Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am jenis kesalahan yang dipertuduh dan peruntukan dan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu boleh dihukum.

(3) Saman itu hendaklah pada lazimnya disampaikan oleh pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman itu boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya saman itu disampaikan oleh mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.